Showing posts with label Ho Ho Holidaayyy. Show all posts
Showing posts with label Ho Ho Holidaayyy. Show all posts

Dugaan? Be Positive ;)



Hamboi, lamanya aku tinggalkan blog ni ye.
Tak terkira sawang yang ada nih.

Fuhh, tengok pageview aku sekarang ni pon agak merudum jatuhh *buupp

So,

Hari ni aku nak storimori le siket berkenaan sejarah hidup aku sepanjang ketiadaan aku ni.

Live as a Form 4 student, memang banyaaaaak sangat ujian yang aku dapat.
And yes, they taught me about life.

Firstly,
when i became the vp of ATB (Ahli Tertinggi Blok. ni macam ajk asrama la lebih kurang), pada peringkat awal memang susah nak bertahan.
Tapi, i got a bestie yang selalu naikkan semangat aku when im down. Thanks mayang :')

Orang lain semua tanya, kenapa amik atb? Baik kau amik BWP ke, LDP ke. Kredit pon banyak.

Then, aku selalu sengih kalau soalan ni datang. Biarlah, aku buat ni insya-Allah kerana Dia.

Kadang-kadang aku pon terfikir, kenapa aku selalu buat kerja yang perlukan banyak pengorbanan, sedangkan ganjaran yang akan aku dapat nanti, sangat sikit. Yes, macam atb ni. ATB is not one of the official BKP in MRSM. Just like PUM etc. Entah la.

Aku ingat lagi masa mula2 borang bwp keluar. Aku beli, tapi aku tak hantar sebenarnya. Kpd sesiapa yang tanya, tapi aku jawab aku tak beli pun, maaf, i lied you. huhu. Aku tak hantar pasal firstly, time tu cikgu homeroom aku takde, so ia agak membantutkan niat aku utk jd bwp pasal borang tu kena ada sign cg. Then, ada beberapa lagi masalah and aku rasa kalau benda ni baik untuk aku, mesti Allah mudahkan urusan aku kan. Tapi, tak. So, aku conclude sendiri yang being a bwp is not a good choice for me. So, i accept then.

Then, aku dah terpilih jadi ldp, even dah jadi MT (as setiausaha) pon. Tapi, aku drop ldp pasal aku macam tawar hati nak jadi ldp pasal aku kena sembur dengan cg aku time the first ldp's official meeting (sebabnya dirahsiakan ye).

Pastu, Hanan datang jumpa aku yang dia tak sanggup nak pegang jawatan vp atb. Lepas beberapa hari aku fikir, aku terima jawatan yg membunuh ketenangan aku ni.

Working for the aspurians, with the thrilling wardens sangatsangat mencabar kredibiliti aku. Jawatan ni banyak ajar aku erti sabar, tenang and be a professional worker. And alhamdulillah now, under a very very kind teacher, i am able to work as a ketua blok yang berjaya insyaAllah ;)

Walaupun dgn menyertai atb ni, aku akan terlepas banyak sangat aktiviti luar yg melibatkan bkp rasmi, tapi im still trying utk redha dgn takdir ni.

Second test, study.

Well, semua tahu yang silibus upper form ni quite hard nak dibandingkan dgn lower form. it makes me like crazy utk study especially science sucjects; physics and chemistry. tapi, i will work harder supaya aku berjaya meraih pelajar cemerlang di dunia n akhirat amin.

doakan aku supaya i am able to get spc to do acca in UK one day insyaAllah amin.

Then, ni last la ye. Hari tu, aku ada plan to go on a trip with my buddies to one foreign country this last year holiday. Tapi, tetiba ayah aku tak izinkan. Aku dah pujuk dia banyak kali, tapi still no. No from him is no forever.

Ada la jugak aku fikir, kan senang kalau aku just pergi je without on him knowing that since he will not be around during that time. Tapi, hati aku kuat cakap yang mesti ada hikmahNya kenapa ayah tak bagi. Just think positive dear. So, sekali lagi aku terima takdir ini.

Semoga apa yang aku buat ni untuk dapat redha ayah akan membawa aku kepada redha Allah. amin amin amin.

So, thats all from me. Maaflah banyak meraban sikit setelah berkurun lamanya aku lari dari dunia belog ni. Thanks for reading! Assalamualaikum ;)

Selamat Hari Merdeka and semoga Malaysia terus aman. Pray for Gaza, Syria, Afghanistan, Somalia and including MALAYSIA :)



arigato haikk sudi bace :)

Nanti saya jemput awak ye..


"Awak, nanti tunggu saya jemput awak ye.."

"Ok, saya tunggu."
.............................................................................................................
"Awak, saya dah datang ni. Saya nak ambil awak, tapi awak tahan sakit sikit ye.. Sebab kite nak pergi tempat best ni.."

Bila Izrael datang memanggil...


Sejak kebelakangan ni, ramai sangat orang terdekat aku pergi menghadap Yang Esa.

Satu-persatu pergi buat selama-lamanya.

Pemergian yang pasti takkan kembali lagi.

Malam ni, aku terfikir.

Macam mana kalau aku tidur malam ni, esok tak bangun-bangun?
Macam mana kalau bila aku dah bangun esok, sedar-sedar aku dah ada kat tepi Munkar & Nakir?

Amalan aku dah cukup ke nak jawab soalan2 diorang?

Tak kan nak cakap,"Dear Munkar & Nakir, please be nice to me," ??
Tak kan nak cakap, "Keep calm and give me some minutes to answer your questions," ??
Tak kan nak cakap, "Ya Allah, bagi la aku can sekaliii je lagii untuk hidup. Aku nak solat taubat sekalii je lagii," ??

Agak-agak, Allah layan tak??

MASALAHNYE, sekali Allah dah tarik nyawa aku, pintu taubat akan tertutup serapat-rapatnye untuk aku.


Tapi, tak semestinya aku akan mati bila Izrael dah cabut nyawa aku.

Sekarang ni, saintis-saintis pun dah buat teori yang matahari akan terbit dari sebelah barat beberapa ketika je lagi. Diorang kata akan berlaku perubahan fenomena.

Namun, bagi UMAT ISLAM, apabila terjadinya kejadian matahari terbit dari sebelah barat, tu tandanya Hari Kebangkitan memang sudah berada di ambangnya.

Sekarang ni jugak, Dajjal-Dajjal junior pun dah ramai, tunggu nak keluar Dajjal betul je.

Masalah sosial, gejala buang anak, buang ayah, buang mak, buang hajat n segala jenis gejala makin berleluasa.

1 story for u:

Hudzaifah bin As-yad al-Ghifary berkata, sewaktu kami sedang berbincang, tiba-tiba datang Nabi Muhammad S.A.W kepada kami lalu bertanya, "Apakah yang kamu semua sedang bincangkan.?"

Lalu kami menjawab, "Kami sedang membincangkan tentang hari Kiamat."
Sabda Rasulullah S.A.W. "Sesungguhnya kiamat itu tidak akan terjadi sebelum kamu melihat sepuluh tanda :-

1.  Asap
2.  Dajjal
3.  Binatang melata di bumi
4.  Terbitnya matahari sebelah barat
5.  Turunnya Nabi Isa A.S
6.  Keluarnya Yakjuj dan Makjuj
7.  Gerhana di timur
8.  Gerhana di barat
9.  Gerhana di jazirah Arab
10.Keluarnya api dari kota Yaman menghalau manusia ke tempat pengiringan mereka.



Lagi-lagi dengan isu MH370 yang dah 17 hari hilang. Entahlah, tak tau nak percaya sumber mana satu.

Ok lah, mintak-mintak diri ini akan diberi peluang untuk bangun lagi esok. Amin.

Nota kaki: Hari-hari buat dosa, solat taubat dah buat ke??

#peringatan untuk diri ini dan semua ;)
arigato haikk sudi bace :)

My Wishlist for 2014


Holla! Fuhh, lamanya tak hupdate belog.
And, dah lama aku tak blogwalking. Sori ye uolls. Iolls maless =='

Ok, straight to the point.
2014 akan menjelang just a few days lagi.

So, ape harapan aka azam korang utk tahun baru ni?
For me, i have a few wishes:


  • Mashi hafazan at least 1/2 quran. 
  • PNG 3.5 and above
  • Rajin buat latihan, sama mcam time pmr dulu
  • Makin kurus dari sekarang. huhu
  • Be a better person from now on
  • Lastly, jangan teringat-ingat sangat about him. Since he will not be around me..... anymore.


Sampai sini je la dulu. uolls pon jangan segan-segan, share la ngan aku sikit wishes yg ada dlam kepala hotak tu. Sayonara!

To orang tu, im still trying to forget you. Tapi, susah la..


arigato haikk sudi bace :)

Perutku berdebar


Assalamualaikum.
Yes, esok result pmr kuar.

Tapi, asal perut aku je yang berdebar ek?
Macam..
Takde feeling.

Oh, i see.
Aku tak pegi pon esok,
pasal umi aku pagi2 lagi ada seminar
and ayah aku pagi tadi dah offshore.

Sedih? Marah? Kecewa?
Tak langsung.
Entah lahh.

Dear my friends, especially my mentees,
Good luck you all.
Sorry I cant go tomorrow.

Kbai, assalamualaikum.

p/s: Kadang kadang apa yang kita nak tak selalunya kita dapat kan? Huhu.

arigato haikk sudi bace :)

Kemalasan melanda =='


Adoii.. Apesal eh, sejak dua menjak ni, lepas je aku balik dari Melaka hari tu, penyakit kronik aku ni makin menjadi-jadi.

Nanges.

Benci betol. Ke ade hantu malas yang ikut aku balik sampai ke Teganu nehh.. Huh. Garu kepala.

Kalau nak ikotkan planning aku, aku nak la storimori pasal mission aku yang kononnya aku buat kat negeri bersejarah hari tu. Tapi, memandangkan tangan dan hidung aku tengah malas ni, aku tangguh dulu la ye.

Ok la, aku dah malas nak bebel panjangpanjang, ngkorang pon bukannye bace pon.

Kbai.

Eh, jap. Aku ade jumpe satu gambou ni kat pesbuk pagi tadi. Cuba korang jawab, sebab aku pon konpius nih. Jalan mane budak tu kene ambik untuk sampai ke tempat paling depan sekali tu? Boleh tak someone bagitau aku ni?

Nak kate aku ni jahil sangat tak le, just nak kan kepastian. Tengkiyu le banyakbanyak yeu.

Ko tak payah bace la kat kotak question tu. ko tak paham jugak

Ko jawab, jangan tak jawab. Time kaseh.
arigato haikk sudi bace :)

Semoga kita berjumpa lagi :')


Uolls, hari ni.


Ya.

Today, I will be flying to Melaka for some missions.

So, wish me good luck :)

Kalau umur aku panjang, we will meet agaiin.

Assalamualaikum and goodbye.




arigato haikk sudi bace :)

Nak jual ayam ke ikan?


Fuhh, setelah beberapa bulan aku menyepi, sempena PMR, Migty and so on kat maktab, akhirnya hari ini tiba jugak. Hari untuk aku menulis! Hehe.


 When you see this picture, apa yang bermain dalam kepala hotak korang?
Yes, a very long journey. Sama la macam hidup kita. Perjalanan yang sangat panjang.
Dalam perjalanan hidup kita ni, we can't be alone.

We need FRIENDS.

Bercakap pasal kawan, aku ada satu cerita.

Time tu, aku pergi satu kem. Satu bilik, 4 orang. At that time, ktorang baru habis dinner. Nak mandi la kan? Aku dah cop, nak mandi giliran ke-tiga (pasal toilet ada satu je). Pastu, masa orang ke-dua tengah mandi, tetibe member aku yang sepatutnya mandi last tu, mintak nak mandi yang ke-tiga. Aku bagi je la, takut-takut dia dah nak terberak ke ape kan.

Pastu, time member aku yg ketiga tu mandi, aku dengar ada orang jerit air takde. So, aku suruh la minah tu tolong tadahkan air untuk aku. Tapi, dia cakap, air slow sangat. Tak mungkin cukup untuk aku, untuk dia cukup la. Aku pon amik wudhuk guna air mineral, solat maghrib dulu sambil nak tunggu minah tadi mandi. Habis je aku bagi salam, minah tu dengan takde rase bersalahnye cakap, nak pegi surau. Dah la member aku yang 2 orang lagi tu dah pegi surau. Tak kan nak tinggal aku sorang kot.

Aku macam terkejut la. Sampai hati dia.. Dah la lintas giliran aku, boleh pulak tinggal aku sorang-sorang kat bilik. Tak ada rasa simpati langsung kat aku ni, sebagai kawan dia. Dah la kitorang ni boleh dikatakan agak rapat la. Nasib baik ada cikgu aku yang berhati mulia nak tolong aku time aku. Mandi la jugak aku malam tu, setelah seharian tak mandi.

Aku bukan nak buruk-burukkan member aku. Tapi, aku nak korang ambil iktibar daripada pengalaman aku.

Sebagai sahabat,

Kepercayaan yang diorang bagi kat kita, hargai betul-betul. Jagalah rahsia sahabat kita sebaik-baiknya.


Jagalah keutuhan persahabatan kita sebagaimana utuhnya sebuah gelang yang tak akan pernah putus melainkan tuannya sendiri yang memutuskannya.


 and.. The most important thingg..

Dahulukan sahabat kita dalam apa jua keadaan.

AMARAN
Jangan Jual Ikan,
Juallah Ayam :D

Walaupon aku sendiri tak faham, ape kejadahnya selfish dengan eskrem dengan
 botol-botol ni, layan je la


Sahabat yang baik,



Tidak sempurna imanmu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri (Muhammad pubh)


Haiwan dan manusia pon boleh jadi kawann ;)

 So, thats all for today. Kbai.
arigato haikk sudi bace :)

O Allah, Please Give Me Your Strength :'(


Tonight,

I am deppressed. Kenapa?

Sebab..

Dah lama aku simpan benda ni.

Kenapa ramai sayang dia? Kenapa aku tak?

Kenapa cikgu ramai sayang dia? Kenapa aku tak?

Kenapa dia lebih pandai dari aku? Kenapa aku tak?

Kenapa ramai yang nak kawan ngan dia? Kenapa aku tak?

Kenapa dia pandai bercakap? Kenapa aku tak?

Kenapa??


O Allah, pinjamkan aku kekuatanMu.. Beri aku ketabahan ya Allah.. 

Pernah rasa macam ni tak? Of course pernah kan?

Tapi, lupa ke? Diri ni masih ada kelebihan yang boleh aku banggakan. Kenapa nak sedih sangat? Diri dia, biarkan. 

Yang penting, aku perlu ubah kelemahan aku jadi lebih baik.

Hilangkan semua perangai buruk aku ni. Panas baran, kuat merajuk, selfish.. InsyaAllah you will get the best.

O Allah, please give me Your strength :')

#Peringatan untuk diri ini dan semua. Hanya padaNya tempat terbaik untuk mengadu. Be positive, act positive :)


arigato haikk sudi bace :)

Boleh Tak ??



Tajuk perbahasan kita hari ni ialah ..
.
..
.....

pasal pinjam - meminjam  ;)

Sepanjang korang bernafas atas muke bumi ni, mesti pernah orang mintak pinjam barang korang kan? Pinjam lappy ke, pinjam stokin yang korang pakai semalam ke kan. Just pinjam tahi idong je, aku rase macam jarang orang mintak. Pasal aku rase korang ni jenis sombong siket, tak berkawan dengan orang gile kat tepi kedai mamak jual cappati. Aku nasihatkan, berkawan la dengan semua orang k. Huhu.

Kalau orang mintak pinjam buku la kan, ape korang rase?


Macam ni ke?

Pinjam komputer pulak?

:3

Hm.. Cuba bayangkan, kalau time tu korang kat dalam kelas or office ke kan. Tetibe nak guna eraser, tak jumpa kat mana. Cari kat dalam lubang telinga pon tak jumpa. So, mintak la dengan member sebelah kan. Time dia bagi tu, tengok-tengok tu le eraser korang yang selama berabad hilang. Dalam hati tu agak-agak cakap ape ek? Hehe..


Rasa-rasa cenggini ke reaksi korang ek??

 Tu baru eraser. Kalau pen.. Hmmpph,,


Ok lah, ni aku bagi beberapa tips kalau korang nak meminjam dengan malaun lain. Hehe
  1. Mintak dengan ikhlas. Kau bodek la siket ke ape ke.
  2. Jaga barang orang tu molek-molek. Ingat, tu bukan hak ekau.
  3. Dah siap guna tu, pergi la hantar balik kat tuan dia. Letak balik barang tu kat tempat korang ambil hari tu. INGAT, hantar sendiri. Jangan nak suruh tuan dia datang ambil sendiri. Amboii, kau ingat tu kau punya ke sampai nak suruh orang ambil sendiri??
  4. Ucapkanlah alhamdulillahh.. Terima kasih kepada dia.. 
 Hm, kalau orang datang nak minjam pulak, korang jangan buat peel macam kerbau tak makan sehari gini:


Ok la, dah habes sesi taklimat aku hari ni. Sebagai penutup hidangan, ni aku bagi nasihat siket. 

Kalau la kan.. Time tu korang tengah makan nasi ke, makan roti ke ape la.. Lipas masak kicap ke, labah-labah sira ke kan.. Tetibe, ada minah senget ni datang, mintak siket makanan korang tu, buat cenggini ek:


Jilat dulu, baru bagi okey :))

Thats all for today. Solat Maghrib dulu ye. Gudbai, wslam.


#quotes for today. Setuju tak?

arigato haikk sudi bace :)

SHUT UP! You Are Perfect Enough!



Wohaaa..
Tajuk kali ni macam ape jee.
Okay, straight to the point.

Pernah tak rasa macam ni:

Aku tak secantik dia. Muka aku buruk sangatt..

Aku tak sehandsome dia. Jerawat batu nisan banyak kat muke aku..

Aku tak sepandai dia. 1 + 100 pon aku tak tau.. Bodohnye aku ni..

Aku tak sefemes dia. Member bilik aku pon tak kenal sape aku.. Dia tu, semua orang kenal, semua nak kawan ngan die..

Kalau pernah, meh aku nak bebel siket..

SO WHAT kalau korang tak cantik, tak hensem macam aku, tak pandai, tak femes? Kau ingat die tu perfect sangat ke hah? Kau ingat dia tu bagus sangat ke?

Hello?? Allah jadikan setiap manusia tu ada benda yang boleh diorang banggakan. For instance, cuba tenung muka korang dekat cermin dalam jamban tu. Perhatikan betul-betul. There must be one place yang cantik, Allah bagi kat korang. 

Kalau mata korang tu sepet macam keldai, maybe hidung korang mancung. Kalau bibir korang besar sangat kalah Angelina Jolie tu, maybe kulit muka korang putih bersih berseri-seri. Believe me, there must be somewhere.


Dah jumpa kat mana?? Baguslah. Appreciate it. Alhamdulillah ;)

Jangan kerana orang lain lebih baik dari korang dalam certain things, korang hina ciptaan Allah. Menghina kekurangan diri sendiri tu sama la macam korang hina apa yang Allah cipta.

Kalaulah korang ni lembab mengalahkan cipanzi, tahap ke-tidak-pandai-an korang tu memang dah sampai takat membimbangkan, sampai korang rasa down dengan diri sendiri bila tengok orang lain, cuba fikirkan..

Kenapa la aku ni lembab sangat?

Kenapa la aku ni ****h sangat??

Then, berusahalah untuk menjadi seperti orang lain. Maybe korang will be better than them? Who knows kan?

Jadikanlah kelebihan orang lain tu sebagai perangsang kepada kita untuk menjadi lebih baik. Tapi, jangan le pegi buat bedah plastik pulak semata-mata nak muke come lotey. Tu dah berdosa la pulak, mengubah ciptaan Dia.

I think, sampai sini je untuk hari ni. Thats all, tyvm :)

Yang ni memang aku jeles dengan kehenseman dia ><

Nota Mata: Hargailah apa yang anda miliki sebelum ia hilang dibawa lari :)

arigato haikk sudi bace :)

Kesian kau, kambing..


Kambing? Kenapa kambing?? Ikutilah ceritaku ini..

Kat sekolah aku ni, ade sorang minah ni. Cantik, tudung labuh n luarannya memang perfect la kalau tengok sekilas. Tapi, tak siapa tahu dalamannya except minah-minah yang ada dekat dengan dia. Aku merupakan antara minah-minah tu.

Dari pengamatan aku, aku tak akan suka dekat dia walaupun untuk 1 hari. Kenapa??

Story 1

Aku    : Minah, kenapa kau tak pergi makan tadi? Kang masuk angin susahh..
Minah : *Jeling macam kambing*

STORY 2

Aku     : Minah, macam mane meeting smalam??
Minah : Ok je. Tapi kan, time nak lantik ajk tadi, mamat dok sebut nama saya je. Die cakap, minah tu, minah tu. Yang MC tu pulak macam paksa saya jadi ajk je.. Saya angguk je la.
Aku     : Sengih je la..  *dalam hati* Perasan orang kenal sangat dengan dia. Kambing lagi hot la!!

STORY 3

Aku      : Dah siap berdiri kat tepi meja depan sekali nak pergi tasmi' ngan ustaz. Sebab dah lama sangat orang tu tasmi', aku duduk la dulu kan.
Minah  : Dengan muka toya macam kambing terus pergi tasmi' padahal dah nampak aku berdiri tepi dia tadi.
Aku      : *dalam hati* perangai tak ubah macam kambing!

MORAL OF STORY: Elakkan dari sifat suka menjeling macam kambing, perasan hot macam kambing and selfish macam kambing. Yang paling penting: JANGAN JADI KAMBING!! 

Kbai, Assalamualaikum..


arigato haikk sudi bace :)

Dia yang Kupilih


Huh, dah lame tak bebel kat sini kan? Sibuk memanjang je aku skarang. Kerja kursus satu habuk tak sentuh lagi bro. Adoii, lagak macam budak darjah 4. Malasnye tahap gaban.. Ya Allah, ape la nasib aku skarang ni jadi malas sangattt..

Eh eh. Nak story something ni.. Semua maktab sekarang ni ade program 1 hari 1 nasi. Name tu aku yang bagi act, hehe. Sebabnye sehari sekali je makan nasi which is tengahari. Petang aka malam makan western such as chicken chop or fish and chips and sekutu-sekutunya. Kelas gile maktab aku.. Huhu. Ramai merungut cakap lapar.. Ye la, maktab kitorang mane nak same ngan maktab lain. Kelas habis pkol 5 petang. Nak ngapal lagi. And mulalah kafe sekarang sentiasa dienuhi manusia-manusia.. Kaye dah makcik kafe tu.

Ok la, tu story sampingan je..

Ni cerita utama.

Aku tak pernah mention lagi kan kat korang tentang someone yang aku admire secara senyap2 since aku form1 lagi. Nama?? Biarlah rahsia.. First time aku jumpa dia time MISRA, 13/1/2011. Time tu ada program ngan BWP (Badan Wakil Pelajar). Dia yang lead group aku. At my first sight, I became like ..... he is the only one yang pakai kopiah among the BWPs' + mata dia bulatt  gile + bila dia senyum sangat manis. Dia berkulit hitam manis, bentuk badan ideal, paling mahal mata dia. Bulatt sangatt..

Apa yang membuatkan aku tertawan?? Firstly, aku sangat respect dia sebab dia istiqamah pakai kopiah. Sepanjang pemerhatian aku, dia je satu-satu nya lelaki yg ada sifat tu. Even nak pergi makan pon he is wearing. Secondly, dia sangat menjaga pandangan. Yang ni memang aku respect tahap gaban. Thirdly, dia sangat mahal and I am impressed. Dia macam.. Sangat mudah didekati tapi sangat susah untuk digapai. Dia memang mesra dengan semua tapi dia akan elak daripada perempuan kalau takde urusan. CONCLUSION: he is awesome in academics (pointer ari tu: 3.91 boh), sports and also in Quran.. Dia antara pelajar pintar + Hafiz al-Quran.

Tapi.. Hari ni aku confused.. Aku suka dia sebab sikap dia/ sebab dia atlet? yes, he is an athlete. Atlet larian sampai dah wakil Malaysia time form... Dapat emas seyy. Ok, back to topic. Kenapa aku confused? Aku ada terbaca satu artikel yang cakap atlet lelaki biasanya akan digilai ramai sebab diorang kan main sukan. And it is matching dengan title diorang sebagai lelaki..

And aku baru dapat tahu yang ramai yang minat dia. Aku? Mesti la patah hati kan. Aku tengah berusaha untuk hindari dia sekarang ni. Furthermore, straight minggu ni dia xde kat maktab. Olahraga peringkat negeri ari tu. Aku sedar, perasaan ni hanya mainan untuk aku. TIME TO STUDY FIRST! Tp, aku berdoa semoga Allah tetapkan hati dia macam tu untuk selamanya dan semoga Dia beri aku seorang pemimpin sesoleh dia..

Maaf lah panjang pulak aku bebel ni. Korang doakanlah semoga hati aku yang bercelaru ni tenang balik ye.. Gudbai, wslam.


 Dia memang tak sehandsome macam yg pakai jubah kat atas tu, tp Nur yang ada kat muka mereka lebih kurang sama.. Subhanallah! ;)


arigato haikk sudi bace :)

Dugaan menimpa..


Huh, dah bersawang-berhabuk-ber dll dah blog buruk ni.
Maaf lah, sibuk siket lately
5 minggu kat maktab memang tak pernah kenal erti nak rehat kejap. Ni cuti ni pon sibuk dengan kerja kursus bagai
Rasa macammm.. ARRGGHH!! Pecah my head!! *maaf bahasa rojak


Homework?!! Tolong jangan cakap perkataan maut tu!!
Ya Allah.. Korang tau x?? 
9 subjek tu, 9-9 bertimbun macam guni hadiah cikgu bagi..
Dah la aku kene rpeat Syafawi.. It justt.. sucking my head!! 

Ok, dah lepas siket semua beban.. 
Astaghfirullah, teruk kan aku pegi bebel macam mak nenek td.. Astaghfirullah..


 Alhamdulillah, tenang sikit hati..
Assalamualaikum ^^

Nota Rambut: Never ever babbling about anything that you get, because Allah knows better :3

arigato haikk sudi bace :)

ASHAZMI's Priority.