Nak jual ayam ke ikan?


Fuhh, setelah beberapa bulan aku menyepi, sempena PMR, Migty and so on kat maktab, akhirnya hari ini tiba jugak. Hari untuk aku menulis! Hehe.


 When you see this picture, apa yang bermain dalam kepala hotak korang?
Yes, a very long journey. Sama la macam hidup kita. Perjalanan yang sangat panjang.
Dalam perjalanan hidup kita ni, we can't be alone.

We need FRIENDS.

Bercakap pasal kawan, aku ada satu cerita.

Time tu, aku pergi satu kem. Satu bilik, 4 orang. At that time, ktorang baru habis dinner. Nak mandi la kan? Aku dah cop, nak mandi giliran ke-tiga (pasal toilet ada satu je). Pastu, masa orang ke-dua tengah mandi, tetibe member aku yang sepatutnya mandi last tu, mintak nak mandi yang ke-tiga. Aku bagi je la, takut-takut dia dah nak terberak ke ape kan.

Pastu, time member aku yg ketiga tu mandi, aku dengar ada orang jerit air takde. So, aku suruh la minah tu tolong tadahkan air untuk aku. Tapi, dia cakap, air slow sangat. Tak mungkin cukup untuk aku, untuk dia cukup la. Aku pon amik wudhuk guna air mineral, solat maghrib dulu sambil nak tunggu minah tadi mandi. Habis je aku bagi salam, minah tu dengan takde rase bersalahnye cakap, nak pegi surau. Dah la member aku yang 2 orang lagi tu dah pegi surau. Tak kan nak tinggal aku sorang kot.

Aku macam terkejut la. Sampai hati dia.. Dah la lintas giliran aku, boleh pulak tinggal aku sorang-sorang kat bilik. Tak ada rasa simpati langsung kat aku ni, sebagai kawan dia. Dah la kitorang ni boleh dikatakan agak rapat la. Nasib baik ada cikgu aku yang berhati mulia nak tolong aku time aku. Mandi la jugak aku malam tu, setelah seharian tak mandi.

Aku bukan nak buruk-burukkan member aku. Tapi, aku nak korang ambil iktibar daripada pengalaman aku.

Sebagai sahabat,

Kepercayaan yang diorang bagi kat kita, hargai betul-betul. Jagalah rahsia sahabat kita sebaik-baiknya.


Jagalah keutuhan persahabatan kita sebagaimana utuhnya sebuah gelang yang tak akan pernah putus melainkan tuannya sendiri yang memutuskannya.


 and.. The most important thingg..

Dahulukan sahabat kita dalam apa jua keadaan.

AMARAN
Jangan Jual Ikan,
Juallah Ayam :D

Walaupon aku sendiri tak faham, ape kejadahnya selfish dengan eskrem dengan
 botol-botol ni, layan je la


Sahabat yang baik,



Tidak sempurna imanmu sehingga kamu mengasihi saudaramu sebagaimana kamu mengasihi diri kamu sendiri (Muhammad pubh)


Haiwan dan manusia pon boleh jadi kawann ;)

 So, thats all for today. Kbai.
arigato haikk sudi bace :)

7 comment[s]:

ukhti_faiQah said...

i wonder who is she :)
sabar la sue ye,, there's lessons kan :)

ASHAZMI. said...

Huhu. Tak payah fikir sape. Tak penting pon tu..

Norziea Jia said...

senyum aih :)

Aya Zuki - Master Shaklee | Consultant Quantum Metal said...

biasala tu kalau dngan kawan2 ni macam2 ragam.. kita x boleh nak buat orang faham apa yg kita nak.. susah2..sabar jela :)

ASHAZMI. said...

@Aya Zuki Yes, thats right. Tu la yang orang ckap, pahit manis kehidupan ;)

@Norziea Jia :D

Affy Afiqah said...

lain orang lain ragamnya :)

ASHAZMI. said...

@Affy Afiqah Ya, betul tu. And kita sebagai manusia, kena pandai menanganinya ;D

Post a Comment

Jot down whatever you want. I will published your comments once i check them out!

ASHAZMI's Priority.