Showing posts with label Weekend. Show all posts
Showing posts with label Weekend. Show all posts

Forgive Me by Sue Azmi


Pernah tak someone tu buat korang marah?
Pernah tak sampai korang tak boleh nak memaafkan orang tu?
Surely setiap orang pernah.
Betul ke??

Kalau betul, renungkanlah..

Allah ciptakan manusia untuk menjadi seorang khalifah.
Dan untuk menjadi khalifah yang bertakwa, perlu ikut semua peraturan, hukum hakam Allah.
Masalahnya, adakah semua insan itu mengikuti semua syariat Islam?
Even alim ulama pernah melakukan kesilapan, apatah lagi kita ini?

Namun demikian, adakah pernah Allah terus membalas semua kesilapanmu itu?
TIDAK!
Allah beri kamu waktu. Untuk apa?
Jawapannya: Untuk kamu mentadabbur dosa-dosa kamu dan minta ampunlah..
Sesungguhnya Allah Maha Penyanyang lagi Maha Pengampun..

See? Allah pun mengampuni hamba-hambaNya yang berdosa..
Kita sebagai hambaNya yang hina ni nak berdendam dengan hambaNya yang lain??
Huh, tak patut..

Tepuk dada, tanya iman.
Sudah memaafkan orang lain belum?
Sebelum izrael datang mencabut nyawa, minta maaflah dan maafkanlahh ;)

Kepada Sang Murabbi,


Agak-agak la kan.. kalau aku kasi alasan ni kat cikgu nanti kan, cikgu maafkan tak?? Huhu. Banyaknye homework! Tak tau nak siapkan mana satu dulu ni. Ya Allah, Rabbi Yassir Wala Tuassir..

p/s: 
Tanpa kemaafan, tidak akan ada kedamaian.

Tanpa kemaafan, kehidupan tidak bisa berlanjut.

Dan tanpa kemaafan, tidak akan ada kehidupan.

arigato haikk sudi bace :)

Aku? Psychologist??


Selamat malam and happy-upcoming-Gong Xi Fa Cai.
Aku perhatikan, manusia sekarang ni kan (including myself) tersangat la suka untuk menjual pelbagai jenis ikan aka SELFISH. Selalu sangat bertindak melulu sampai mengabaikan perasaan segelintir insan di sekeliling kita.

 Kenapa semua ni terjadi? Pada pendapat aku, maybe sebab dah memang naturally macam tu. Tapi, sikap ni act boleh diubah. How?? Jawapannya, dengan cara kita memahami sikap orang lain Lepas dah paham macam mana peel orang tu, berusahalah untuk ikut style dia and try untuk jaga hati dia okei.

Now, aku nak kongsi beberapa jenis peel someone. Boleh la korang buat survey ke ape ke kan. Oh yea, untuk pengetahuan korang, benda kat bawah ni dalam bahasa inggeris. Kalau rasa macam tak paham, just translate ke Malay kat google translate :3
1- If a person laughs too much, even at stupid things, he is lonely deep inside.

2- If a person sleeps a lot, he is sad.

3- If a person speaks less, but speaks fast, he keeps secrets.

4- If someone can't cry, he is weak.

5- If someone eats in an abnormal manner, he is tense.

6- If someone cries on little things, he is innocent & soft-hearted.

7- If someone becomes angry over silly or petty (small) things, it means he needs love......
Ok, semoga bermanfaat untuk korang semua.
 Nota Tangan: Try to understand others. #amacam? Ada gaya jadi psychologist tak?? LOL

arigato haikk sudi bace :)

Nasihat Bidadari


Selamat tengah hari semua. Ecece, tajuk macam sengal jek. Hoho. Hari ni bosan sangat, so sempena Maulidur Rasul SAW aku nak buat amal ibadah la siket kan. Eceehh :p This post is specially for newbie blogger, which is yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni kan. Aku bukannya pandai sangat selok-belok blog ni, tp kalau nak berkongsi ilmu tak salah kan? Aku nak bagi beberapa tips dalam berlayar dalam alam blog ni. Kira macam mana nak tarik perhatian orang untuk baca blog kita sekaligus uppkan followers.

Bismillahirrahmanirrahim

First step- Semua manusia sukakan benda yang cantik, menenangkan etc. Sama macam blog jugak, orang ramai memang sukakan blog yang tenang je bila bukak. So, untuk menenangkan pembaca, penampilan blog mesti menarik tertarik gitu.

Macam mana? Senang je. Korang boleh guna cara mengedit blog or just curik template dari mana-mana website such as Leelou and so on. Pastikan warna background korang tu bukan antara warna-warna yang kurang menarik macam hitam, kuning highlight or merah menyala. Kalau nak buat background hitam boleh, tp pastikan post body korang tu warna cerah macam putih ke, cream pon okay. Untuk warna macam kuning highlight tu, bagi aku la kan, aku kurang suka sebab memandangkan mata ni memang tak boleh kena silau siket, apatah lagi bila bukak blog yang menyilaukan. Terus tutup, tak jadi nak follow. Huhu

Second- Halau semua widget yang mengobeskan blog korang.
Contohnya blog aku ni :3 Aku bukan nak takabbur ke apa, just malas nak carik blog yang boleh buat contoh teladan even memang banyak pon. Bagi aku, tak perlu la korang letak banyak sangat widget. Nak letak jugak? Guna navigation bar yang macam aku punya ni:


Nampak kemas sikit nanti. Korang cari la tutorial kat mana-mana blog. Belambak blog skarang yang rajin buat tuto untuk korang. Just tinggal nak carik je :D

Third- Guna font yang senang orang baca.
Guna la font Trebuchet ke, Georgia ke. Aku taulah blogger sekarang ni dah upgrade diorang punya fonts, dah jadi banyak kan? And dalam banyak-banyak tu, banyak jugak font yang susah orang nak baca such as Unkempt tu. Aku paling pantang kalau bukak blog, tengok-tengok tulisan macam ape je. Terus tak jadi nak baca post dia. Kalau tukar font yang kemas sikit kan senang sikit nak baca. Sampai terbalik lappy aku ni semata-mata nak baca tulisan dia yang berangkai sangat tu. Kesian pulak kat aku ni kan..

Fourth- Pegi blogwalking
Langkah ni memang penting untuk menarik orang baca blog korang. Bagi aku la kan, aku akan cari mana-mana blog yang ada anjurkan segmen or Giveaway. Kenapa? Sebabnya, mesti blog tu ada tempekkan senarai peserta kan? Aku terjah la satu-satu pegi promote blog tempayan aku ni. Haha. Korang boleh pegi SINI.  Segmen dia memang kaw la! Ada dalam 500 orang jugak yang join. Korang boleh la jengah setiap blog tu, pegi buat catwalk ke kat sana kann.

Fifth- Letak shoutbox.
Ni untuk memudahkan urusan blogwalking dijalankan. Tak tau nak carik kat lubang mana? Pegi SINI. Aku guna yang tu je, sebab banyak application dia. Ce tengok shoutbox aku tu, ada header monster tu kan? Aku dah cari kemudahan shoutbox lain, tp yang tu je yang ada kemudahan untuk letak header macam yang aku punya tu. Korang pon try la. Best tau! Register dulu, then Log In. Pandai-pandai la godam yer :D

Oh yeah, one more. Kalau ada orang jerit kat shoutbox korang, jerit la balik. Tekan nama dia tu, then akan keluar blog dia kan? Cari shoutbox dia, shout la. Jangan lupa letakkan sekali url blog korang. Baru la orang tu datang balik blog korang. Sambil-sambil tu boleh la pembaca blog dia tu jengah blog korang. Then, baru orang kenal blog korang. Kalau diorang tak follow blog korang pon, at least diorang mesti dapat ilmu drpd blog korang. Nanti korang jugak yang dapat pahala kan?

Hm, okay la. Aku rasa hari ni sampai sini dulu. Kalau aku rajin, aku update lagi. Kalau ada tak paham, just tanya aku kat comment, shoutbox or ask.fm. InsyaAllah, nanti aku balas Mana la tau nanti berkat korang tanya, tak psal-pasal aku jadi antara bloggers' tutorial ke ape ke kan. Haha. Gudbai, Assalamualaikum.

Nota Hidong: Banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad bin Abdullah. 
 
اللهم صل على محمد وآل محمد
Simple je kan? :D
 

arigato haikk sudi bace :)

Frustrated ._.

 
Assalamualaikum and selamat pagi semua. Sekarang baru pukul 11, dah ada benda yang menaikkan amarah aku. -Astaghfirullah- Aku nak cite siket.. Bagi hilang beban kan. Bak kata orang, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Entah peribahasa apa la aku rembat ni :p

1. Tadi aku ada meeting IMC (Indie Movie Club) kat blok akademik. Bincang pasal dinner yang dah tertonggak since last year. Malunyee, dah la aku yang jadi ketua for this event = = So, untuk bajet kena la call restaurant tu kan. Time aku call tu, orang yang angkat tu biasa je nada dia. Biasa lah kan, kita tak tau apa-apa pasal restaurant tu, banyak lah yang aku tanya.

Yang aku bengang sangad, ada sekali tu aku tanya, dia boleh pulak tinggikan nada dia. Macam nak marah je. Eh eh, memang suara orang marah pon.. Aku macam terkejut la kan. Dalam hati dah cakap, apa pasal pulak dia ni nak marah kan.Then, terus aku say Goodbye. Kalau tak ingatkan dah bincang nak buat kat situ, takdek maknanya aku nak tempah kat situ. Apa lah dia tu, dia penjual. Aku customer. Layan lah elok-elok.Customer Makes Money Terrrrr >< Act, tak boleh nak salahkan dia 100% jugak. Mana tau anak kambeng dia mati ke semalam kan. Terus bad mood. Huhu, nak husnul zon pon agak-agak la der T_T

2. Otw nak balik dorm, ada lah malaun yang kacau aku ngan member aku, Aina. Tau tak apa dia cakap kat kitorang? " Ustazah.. Ustazah pilihan tu.. " Hish, kambeng btol. Dah le hati ni tengah membengkak pasal minah retaurant tu. Macam nak baling je meja yang ada kat depan aku time tu kat budak ustazah pilihan tu. Salah ke aku pakai tudung labuh hah? Drpd aku tak pakai langsung or just pakai tudung periuk yang dah hitam tu, baiklah aku pakai tudung labuh. Yes, I know tudung labuh pon tak confirm masuk syurga. Tp, kalau tak pakai tudung langsong or pakai yang jenis singkat tu sampai nampak -- till mati memang confirm masuk neraka. So, kau nak cakap apa?

Dah la, tak baik kutuk orang banyak banyak. Ari Jumaat ni.. Thats all, tyvm.

Hari Jumaat, good for us to recite al-Kahf :)

arigato haikk sudi bace :)

Harapan Maktab. Eh #$%^&*


Dah kat maktab aku sekarang. Mood kemalasan masih melanda diri ini walaupun tahun 2013 antara tahun terpenting dalam sejarah hidup. Euw euw. Semalam ada official assembly, penutup Pre-Orientasi. Kalau dah ada assembly, mesti la ada pengetuanya dok? Bila pengetua ada, ular paling panjang pon ada. Eh eh? Mean, ucapannya mesti la menyusul kann. Huhu. Ngantok? Of kos la, eh eh? Semalam tak sangadd, sebab assembly before tengahari. Emosi masih dalam keadaan stabil, alhamdulillah :p

Bersemangat gile kot pengetua berucap. Macam nak masok contest pidato peringkat planet pon ada gayanya,. Lol. 3x dia ulang, mana calon PMR? Mana tingkatan 3? Mana sue? Tahun ni, kita akan melakar sejarah sebagai sekolah pertama yang mendapat keputusan straight 9A's for PMR. Hoh, amik ekau. Peringkat DUNIA. ?? Juga mencoret sejarah mendapat GPS 1.0 tahun ni. *GPS tu adalah drpd kamus peribadi aku. Tak payah komen, aku tau tu mengarut* Huh, memang konpem aku ngan konco-konco aku kene struggle sampai pengsan la ni = =

Lagi .. lagi. Beliau ckap pasal projek tahun ni la, aktiviti la.. Semuanya makan masa , tak silap about one and half hour maybe? Memang tebik spring, berdiri + cakap selama sejam setengah. Aku ni, 15 minit pon dah macam Menara Condong kat Dubai tu dah kott. Eh? Kat Teluk Kenyir la. Bukan jugak? Ntah, sebenarnya aku lupa kat mana :p

Bila teringatkan study, beribu penyakit melanda. Omaigodd Ya Allah, sengalnyee. Diri ini masih belum bisa menerima ketentuan, tahun ini merupakan sebuah peperangan, untukku buktikan kepada semua insan, termasuk kambing dan ikan, bahawa aku bisa menjadi contoh pegangan. Ohh, kebengongan malanda lagi. Maaf kepada semua.

Selamat berjuang kepada semua calon UPSR, PMR, SPM, STPM dan juga yang nak jadi PM. Oppss, terlebih sudah. Haha. Okay lah, untuk mengelakkan diri ini daripada terus melalut macam kambing, ada bagusnya diriku mengundur diri daripada menjadi kambing. Eh eh?? Kbai, Assalamualaikum.

Nota Hidung: Maaf kepada kambing kerana menjadi mangsa aku secara bertalu-talu pada hari ini. Bacalah surah al-Kahf hari ni.. Jum'ah Mubarak.

arigato haikk sudi bace :)

ASHAZMI's Priority.