Showing posts with label Malasnyee. Show all posts
Showing posts with label Malasnyee. Show all posts

Kemalasan melanda =='


Adoii.. Apesal eh, sejak dua menjak ni, lepas je aku balik dari Melaka hari tu, penyakit kronik aku ni makin menjadi-jadi.

Nanges.

Benci betol. Ke ade hantu malas yang ikut aku balik sampai ke Teganu nehh.. Huh. Garu kepala.

Kalau nak ikotkan planning aku, aku nak la storimori pasal mission aku yang kononnya aku buat kat negeri bersejarah hari tu. Tapi, memandangkan tangan dan hidung aku tengah malas ni, aku tangguh dulu la ye.

Ok la, aku dah malas nak bebel panjangpanjang, ngkorang pon bukannye bace pon.

Kbai.

Eh, jap. Aku ade jumpe satu gambou ni kat pesbuk pagi tadi. Cuba korang jawab, sebab aku pon konpius nih. Jalan mane budak tu kene ambik untuk sampai ke tempat paling depan sekali tu? Boleh tak someone bagitau aku ni?

Nak kate aku ni jahil sangat tak le, just nak kan kepastian. Tengkiyu le banyakbanyak yeu.

Ko tak payah bace la kat kotak question tu. ko tak paham jugak

Ko jawab, jangan tak jawab. Time kaseh.
arigato haikk sudi bace :)

Dia yang Kupilih


Huh, dah lame tak bebel kat sini kan? Sibuk memanjang je aku skarang. Kerja kursus satu habuk tak sentuh lagi bro. Adoii, lagak macam budak darjah 4. Malasnye tahap gaban.. Ya Allah, ape la nasib aku skarang ni jadi malas sangattt..

Eh eh. Nak story something ni.. Semua maktab sekarang ni ade program 1 hari 1 nasi. Name tu aku yang bagi act, hehe. Sebabnye sehari sekali je makan nasi which is tengahari. Petang aka malam makan western such as chicken chop or fish and chips and sekutu-sekutunya. Kelas gile maktab aku.. Huhu. Ramai merungut cakap lapar.. Ye la, maktab kitorang mane nak same ngan maktab lain. Kelas habis pkol 5 petang. Nak ngapal lagi. And mulalah kafe sekarang sentiasa dienuhi manusia-manusia.. Kaye dah makcik kafe tu.

Ok la, tu story sampingan je..

Ni cerita utama.

Aku tak pernah mention lagi kan kat korang tentang someone yang aku admire secara senyap2 since aku form1 lagi. Nama?? Biarlah rahsia.. First time aku jumpa dia time MISRA, 13/1/2011. Time tu ada program ngan BWP (Badan Wakil Pelajar). Dia yang lead group aku. At my first sight, I became like ..... he is the only one yang pakai kopiah among the BWPs' + mata dia bulatt  gile + bila dia senyum sangat manis. Dia berkulit hitam manis, bentuk badan ideal, paling mahal mata dia. Bulatt sangatt..

Apa yang membuatkan aku tertawan?? Firstly, aku sangat respect dia sebab dia istiqamah pakai kopiah. Sepanjang pemerhatian aku, dia je satu-satu nya lelaki yg ada sifat tu. Even nak pergi makan pon he is wearing. Secondly, dia sangat menjaga pandangan. Yang ni memang aku respect tahap gaban. Thirdly, dia sangat mahal and I am impressed. Dia macam.. Sangat mudah didekati tapi sangat susah untuk digapai. Dia memang mesra dengan semua tapi dia akan elak daripada perempuan kalau takde urusan. CONCLUSION: he is awesome in academics (pointer ari tu: 3.91 boh), sports and also in Quran.. Dia antara pelajar pintar + Hafiz al-Quran.

Tapi.. Hari ni aku confused.. Aku suka dia sebab sikap dia/ sebab dia atlet? yes, he is an athlete. Atlet larian sampai dah wakil Malaysia time form... Dapat emas seyy. Ok, back to topic. Kenapa aku confused? Aku ada terbaca satu artikel yang cakap atlet lelaki biasanya akan digilai ramai sebab diorang kan main sukan. And it is matching dengan title diorang sebagai lelaki..

And aku baru dapat tahu yang ramai yang minat dia. Aku? Mesti la patah hati kan. Aku tengah berusaha untuk hindari dia sekarang ni. Furthermore, straight minggu ni dia xde kat maktab. Olahraga peringkat negeri ari tu. Aku sedar, perasaan ni hanya mainan untuk aku. TIME TO STUDY FIRST! Tp, aku berdoa semoga Allah tetapkan hati dia macam tu untuk selamanya dan semoga Dia beri aku seorang pemimpin sesoleh dia..

Maaf lah panjang pulak aku bebel ni. Korang doakanlah semoga hati aku yang bercelaru ni tenang balik ye.. Gudbai, wslam.


 Dia memang tak sehandsome macam yg pakai jubah kat atas tu, tp Nur yang ada kat muka mereka lebih kurang sama.. Subhanallah! ;)


arigato haikk sudi bace :)

Dugaan menimpa..


Huh, dah bersawang-berhabuk-ber dll dah blog buruk ni.
Maaf lah, sibuk siket lately
5 minggu kat maktab memang tak pernah kenal erti nak rehat kejap. Ni cuti ni pon sibuk dengan kerja kursus bagai
Rasa macammm.. ARRGGHH!! Pecah my head!! *maaf bahasa rojak


Homework?!! Tolong jangan cakap perkataan maut tu!!
Ya Allah.. Korang tau x?? 
9 subjek tu, 9-9 bertimbun macam guni hadiah cikgu bagi..
Dah la aku kene rpeat Syafawi.. It justt.. sucking my head!! 

Ok, dah lepas siket semua beban.. 
Astaghfirullah, teruk kan aku pegi bebel macam mak nenek td.. Astaghfirullah..


 Alhamdulillah, tenang sikit hati..
Assalamualaikum ^^

Nota Rambut: Never ever babbling about anything that you get, because Allah knows better :3

arigato haikk sudi bace :)

Harapan Maktab. Eh #$%^&*


Dah kat maktab aku sekarang. Mood kemalasan masih melanda diri ini walaupun tahun 2013 antara tahun terpenting dalam sejarah hidup. Euw euw. Semalam ada official assembly, penutup Pre-Orientasi. Kalau dah ada assembly, mesti la ada pengetuanya dok? Bila pengetua ada, ular paling panjang pon ada. Eh eh? Mean, ucapannya mesti la menyusul kann. Huhu. Ngantok? Of kos la, eh eh? Semalam tak sangadd, sebab assembly before tengahari. Emosi masih dalam keadaan stabil, alhamdulillah :p

Bersemangat gile kot pengetua berucap. Macam nak masok contest pidato peringkat planet pon ada gayanya,. Lol. 3x dia ulang, mana calon PMR? Mana tingkatan 3? Mana sue? Tahun ni, kita akan melakar sejarah sebagai sekolah pertama yang mendapat keputusan straight 9A's for PMR. Hoh, amik ekau. Peringkat DUNIA. ?? Juga mencoret sejarah mendapat GPS 1.0 tahun ni. *GPS tu adalah drpd kamus peribadi aku. Tak payah komen, aku tau tu mengarut* Huh, memang konpem aku ngan konco-konco aku kene struggle sampai pengsan la ni = =

Lagi .. lagi. Beliau ckap pasal projek tahun ni la, aktiviti la.. Semuanya makan masa , tak silap about one and half hour maybe? Memang tebik spring, berdiri + cakap selama sejam setengah. Aku ni, 15 minit pon dah macam Menara Condong kat Dubai tu dah kott. Eh? Kat Teluk Kenyir la. Bukan jugak? Ntah, sebenarnya aku lupa kat mana :p

Bila teringatkan study, beribu penyakit melanda. Omaigodd Ya Allah, sengalnyee. Diri ini masih belum bisa menerima ketentuan, tahun ini merupakan sebuah peperangan, untukku buktikan kepada semua insan, termasuk kambing dan ikan, bahawa aku bisa menjadi contoh pegangan. Ohh, kebengongan malanda lagi. Maaf kepada semua.

Selamat berjuang kepada semua calon UPSR, PMR, SPM, STPM dan juga yang nak jadi PM. Oppss, terlebih sudah. Haha. Okay lah, untuk mengelakkan diri ini daripada terus melalut macam kambing, ada bagusnya diriku mengundur diri daripada menjadi kambing. Eh eh?? Kbai, Assalamualaikum.

Nota Hidung: Maaf kepada kambing kerana menjadi mangsa aku secara bertalu-talu pada hari ini. Bacalah surah al-Kahf hari ni.. Jum'ah Mubarak.

arigato haikk sudi bace :)

ASHAZMI's Priority.