Nasihat Bidadari


Selamat tengah hari semua. Ecece, tajuk macam sengal jek. Hoho. Hari ni bosan sangat, so sempena Maulidur Rasul SAW aku nak buat amal ibadah la siket kan. Eceehh :p This post is specially for newbie blogger, which is yang baru berjinak-jinak dalam dunia blog ni kan. Aku bukannya pandai sangat selok-belok blog ni, tp kalau nak berkongsi ilmu tak salah kan? Aku nak bagi beberapa tips dalam berlayar dalam alam blog ni. Kira macam mana nak tarik perhatian orang untuk baca blog kita sekaligus uppkan followers.

Bismillahirrahmanirrahim

First step- Semua manusia sukakan benda yang cantik, menenangkan etc. Sama macam blog jugak, orang ramai memang sukakan blog yang tenang je bila bukak. So, untuk menenangkan pembaca, penampilan blog mesti menarik tertarik gitu.

Macam mana? Senang je. Korang boleh guna cara mengedit blog or just curik template dari mana-mana website such as Leelou and so on. Pastikan warna background korang tu bukan antara warna-warna yang kurang menarik macam hitam, kuning highlight or merah menyala. Kalau nak buat background hitam boleh, tp pastikan post body korang tu warna cerah macam putih ke, cream pon okay. Untuk warna macam kuning highlight tu, bagi aku la kan, aku kurang suka sebab memandangkan mata ni memang tak boleh kena silau siket, apatah lagi bila bukak blog yang menyilaukan. Terus tutup, tak jadi nak follow. Huhu

Second- Halau semua widget yang mengobeskan blog korang.
Contohnya blog aku ni :3 Aku bukan nak takabbur ke apa, just malas nak carik blog yang boleh buat contoh teladan even memang banyak pon. Bagi aku, tak perlu la korang letak banyak sangat widget. Nak letak jugak? Guna navigation bar yang macam aku punya ni:


Nampak kemas sikit nanti. Korang cari la tutorial kat mana-mana blog. Belambak blog skarang yang rajin buat tuto untuk korang. Just tinggal nak carik je :D

Third- Guna font yang senang orang baca.
Guna la font Trebuchet ke, Georgia ke. Aku taulah blogger sekarang ni dah upgrade diorang punya fonts, dah jadi banyak kan? And dalam banyak-banyak tu, banyak jugak font yang susah orang nak baca such as Unkempt tu. Aku paling pantang kalau bukak blog, tengok-tengok tulisan macam ape je. Terus tak jadi nak baca post dia. Kalau tukar font yang kemas sikit kan senang sikit nak baca. Sampai terbalik lappy aku ni semata-mata nak baca tulisan dia yang berangkai sangat tu. Kesian pulak kat aku ni kan..

Fourth- Pegi blogwalking
Langkah ni memang penting untuk menarik orang baca blog korang. Bagi aku la kan, aku akan cari mana-mana blog yang ada anjurkan segmen or Giveaway. Kenapa? Sebabnya, mesti blog tu ada tempekkan senarai peserta kan? Aku terjah la satu-satu pegi promote blog tempayan aku ni. Haha. Korang boleh pegi SINI.  Segmen dia memang kaw la! Ada dalam 500 orang jugak yang join. Korang boleh la jengah setiap blog tu, pegi buat catwalk ke kat sana kann.

Fifth- Letak shoutbox.
Ni untuk memudahkan urusan blogwalking dijalankan. Tak tau nak carik kat lubang mana? Pegi SINI. Aku guna yang tu je, sebab banyak application dia. Ce tengok shoutbox aku tu, ada header monster tu kan? Aku dah cari kemudahan shoutbox lain, tp yang tu je yang ada kemudahan untuk letak header macam yang aku punya tu. Korang pon try la. Best tau! Register dulu, then Log In. Pandai-pandai la godam yer :D

Oh yeah, one more. Kalau ada orang jerit kat shoutbox korang, jerit la balik. Tekan nama dia tu, then akan keluar blog dia kan? Cari shoutbox dia, shout la. Jangan lupa letakkan sekali url blog korang. Baru la orang tu datang balik blog korang. Sambil-sambil tu boleh la pembaca blog dia tu jengah blog korang. Then, baru orang kenal blog korang. Kalau diorang tak follow blog korang pon, at least diorang mesti dapat ilmu drpd blog korang. Nanti korang jugak yang dapat pahala kan?

Hm, okay la. Aku rasa hari ni sampai sini dulu. Kalau aku rajin, aku update lagi. Kalau ada tak paham, just tanya aku kat comment, shoutbox or ask.fm. InsyaAllah, nanti aku balas Mana la tau nanti berkat korang tanya, tak psal-pasal aku jadi antara bloggers' tutorial ke ape ke kan. Haha. Gudbai, Assalamualaikum.

Nota Hidong: Banyakkan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad bin Abdullah. 
 
اللهم صل على محمد وآل محمد
Simple je kan? :D
 

arigato haikk sudi bace :)

1 comment[s]:

ukhti_faiQah said...

yeay ! areegatoo sudi share :D hehe,, :*

Post a Comment

Jot down whatever you want. I will published your comments once i check them out!

ASHAZMI's Priority.