TAMAT
Assalamualaikom. Hoh suddoh. Dah baca tajok? Join contest ni sebab ni contest first yg pernah sue jumpa yg nak cite pasal lelaki yg tersangadd sue suka.Yes, I know ada contest ni not the first contest, dah ada contest yg soh kita citer pasal bias etc. Disebabkan Im not a Kpoppers, so tak join. Tu yang buat daratt siket cakap ni first contest :DClick banner |
Ok, straight to the point. Perah otak dulu.
Bismillahirrahmanirrahim..
Antara ciriciri lelaki yg sue suka:
- Lelaki yang istiqamah pakai kopiah. Ni yang paling sue suka, sebab memang dorang tersangat comel bila ada benda putih tu atas kepala. :) Oh ye, bukan yang sekadar pakai time kat surau. Tp, always even though nak gi makan or lepak pon pakai.
- Yang memiliki spasang mata bundar. OME, cumillnya = =
- Bibir basah. ok, ni jangan salah paham. Kang ingat sue sentuh bibir dia nak tau basah ke dak. Haha. Bukan, means yang bibir dia kaler pink+nampak basah. Bukan cam Kpop, tu pink lipstick or natural. Yang ni pink sebab dia always zikr. Ouuh, machonyee
- Laki yang ada dada sederhana bidang sangat hensem. Bukan yg bidang sangat.
- Laki yang xde otot-otot besar cam dalam WWX tu. Takot den negoknye, cam nak sepak orang je.
- Bila dorang pakai jubah or baju melayu hitam. Hitam itu MENAWAN :D
- Lelaki yang bila dia senyum tu, cam nak sampai ujong telinga dia senyum. Means, senyuman itu ikhlas.
- Yang tak suka menunjuk, berlagak, ditunjuk etc. Yang merendah diri, walaupon dia anak Dato' sekalipon. Sweet je nampak.
- Mempunyai rambut ikal, pergghh smart gile TT
- Tak pernah couple. Kenape? Sebab bg sue lelaki yg couple ni jenis yg agak sosial. (maaf jika anda anggap ini salah) I just suka laki yang singlemingle gitu. Hehe
- Laki yg pandai masak sangat ohsem. Jarang nak jumpe, bestnye kalau dapat cenggini. Haha
- Lelaki yang pakai spectacles. Cute je nampak sebab bila pas dorang bukak spek tu, nampak len muka dia. Majoriti, makin comel
- Lelaki yang ada janggut, Nabi cakap lelaki yang betul-betul beriman mesti ade janggut walau pun hanya sikit.
- Kadang-kadang, lelaki yang ada jerawat pon sue suka. Nampak gurlish je, haha.
- Lelaki yang berfikir secara matang. Contohnya, time ada org cari pasal ngan dia. Pastu, dia tak lawan dengan cara kasar tp dia gi berdamai. Kan best (Y)
- Lelaki yang always protect mana mana perempuan yg
berada dalam bahaya.
Ouh, mesti dia bajet cam Otomen kan?Huhu. - Tak pernah tengking mana-mana perempuan. Sebab kalou nampak laki tengking pompuan, cam pompuan ni hina sangat.
- Mata tu tak galak sangat, xde lah nak usha every girl yg ada kat sekolah tu.
- Bijak. Ouh, bestnye bila ada laki yang tolong jawabkan mana-mana soalan yg sue tak tahu. Berbunga, haha.
- Lelaki yang sentiasa berkhidmat bila ada pompuan mintak tolong.
- Lelaki yang tahu hormat pompuan, bukannye nak hina bagai.
- Lelaki yang tak main game gelar-bergelar semua tu. Macam haprak je, nama budak tu abes sedap nama Abu Bakar, panggil kue bakar. Terok betol perangai tu.
- Tahap kesabarannya amat tinggi. Rase cam, Wow! Camne dia tahan marah ek? Kalau sue la kan, dah lame kene sepak muka budak tu.
- Lelaki yg xde jumlah bulu kaki yg
sangat ramaisampai mencecah ribuan, yg tak berkerinting. Cam sengal je, dahlah pakai short, ada bulu banyak pulak, bulu tu kerinting pulak. Yuckks. - Laki yang ada suara merdu, lagi2 time azan. Perggh, cepatcepat amik wudhuk pegi jemaah.
- Peribadi yang sangat kemas. Biar muka buruk, asalkan kemas. Love it!
- Lelaki yang xde tatu. Golongan ni, bg sue 1juta kali lebih baik dr yg ade, lagipon tatu kan haram di sisi Islam?
- Lelaki yg tak merokok. Boleh hidup lebih lama. Hii :|
- Laki yang pakai suit penuh. Nampak macam macho gitu. Smart je, lagilagi kalau ada vest kat dalam.
- Sue sangat suke tengok bile lelaki gendong baby. Tak kire lah adik dia ke, makcik dia ke, hehe. Nampak macam penyayang, walaupon dia benci tahap gaban ngan baby tu.
- Lelaki yang pandai hormat orang lebih tua dr dia or orangtua or nenek or atuk, tersangatlah direspect, dihormati, dimatikan oleh sue. Ok, ayat cam keling je ._.
- Lelaki yang kreatif. OMA, perggh.
- Lelaki yang pandai amik hati orang lain, nak senang cakap mudah mesra.
- Sue suka lelaki yang ada kulit hitam manis. Sawo matang? Putih melepak? Not my taste, tak best.
- Lelaki yang chubby lagi comel drpd yg kurus. Laki yg ada body ideal lg hensem dr laki kurus. Tp, laki kurus lagi menenangkan dr laki yang xde badan. Haha. Nak senang cakap, semua sue suka! :DD
- Lelaki nerd yang pakai braces kadangkadang nampak comel je :)
- Laki yang pandai buat lawak, bila dia buat lawak, ketawa terbahak-bahak. Senang je kalau tengah sedih pi jumpa dia.
- Laki yang pandai pujuk pompuan. Sekejap je ayat, teros ok.
- Solat tak tinggal, puasa tak ponteng. Nak mudah, yang jenis menjaga agama.
- Lelaki yg ada sifat kepimpinan dan boleh bercakap depan khalayak. Contohnya kalau dia bercakap kat depan + pakai suit + pakai spectacles. Memang cair!
- Laki yang pandai merawat penyakit ringan cam demam or selesema ke. Time sue demam, boleh dia bagi ubat ke. Haha, perasan.
- Yang jenis boleh speaking english fluently nampak cam stylo jek kan?
- Laki yang xde misai cos nampak cam hodoh je kalau ade. Haha, teori sendiri ok.
- Kalau yang jenis pandai bersyair pon best. Sebab, boleh dodoi sue time ngantok dalam kelas ke hape ke. Haha
- Sue suka jenis lelaki yang tak ego sangat. Tapi, memang payah nak carik. Dah memang fitrah lelaki macam tu kan? Ada nak bantah? LOL
- Lelaki yang ada ilmu banyak. Ni best kalou time dia bg tazkirah, dia cakap pasal sirah ke apeape lah. Memang best!
- Lelaki yang ada tarikan tersendiri. Contohnya, kalou dia citer, memang semua sure tak ngantok.
- Laki yang sangat pandai memilih hadiah.
- Laki yang berjimatcermat.
- Lelaki yang mempunyai pendirian tetap
- Laki yang kaya pon best, Haha
- Handwriting kemas lagi memukau pandangan. Majoriti member sue semua buruk giler tulisan, nak cakap cam cacing kerawit tu dah tak boleh. Lg terok, hoho.
- Bukan yang jenis suka menjerit, mau runtuh langit tu.
Dah macam kiamat, even though hari ni 211212.
Tak kiamat pon kan? - Lelaki yang tak minat bola. Siyes, sue tak suka bola. Tp, mustahil laki x minat. Maknyah pon minat separuh mati.
- Ada cara sendiri kalau dia gelabah or what so on. Haha, mesti nak tergelak tengok :3
- Ada lesung pipit. Tak kisah manamana belah, kalau ada kirikanan lg comel
- Bukan yang jenis jealous tak tentu pussle
- Muka bercahaya. Hoh, bukan jenis dok depan lampu sokmo. Means, muka tenang. Usually orang kuat agama ada specialist ni ;)
- Tak pakai skinny or macam tight. Please la, nampak bentuk kaki yang memang sebijik cam lidi tu okay. Buruk sangad.
- Suka aktiviti lasak. Nanti bole join sue pegi daki bukit or apeape la
- Boleh masuk dengan movie English. Sebab sue memang suka caerita omputeh. Nampak modern.
- Peramah.
Senang nak kenalkan kat parents buat menantu - Seorang yang mempunyai otak luar biasa. Baru lain dari yang lain!
- An IT Professional. Senang kalou ada problem tengah nak buat folio etc.
- Gemarkan pacat or lintah. Takde lah sampai gemar, at least tak fobia macam I ni. Katekan, time tu sue kena sengat, dia boleh tolong buangkan. Huhu
- Bertanggungjawab.
- Fokus dengan apa yang dia tengah buat.
- Tak suka tangguh kerja, terus buat. Especially, solat J
- Suka menabung, boleh jamin masa depan. Oh yea (Y)
- Sukakan bunga, sangat sweet ok.
- Kurang gemar ngan warna pink. Trend skarang, laki pakai bj/suar kaler pink. Kalah maknyah taw, buang lah. Baik pakai kain kapan lg smart dowh.
- Sentiasa tegur-menegur. Boleh menghilangkan kealpaan sue sendiri. Fitrahlah, manusia kan selalu leka.
- Lelaki yang pakai minyak wangi yang wangi. Tak terlalu kuat, smpaikan 1km dha boleh bau.
- Suka membaca. Nampak sangat macho.
- Pembersih. Lg best kalau yang jenis simpan Hand Sanitizer dalam poket. Haha. Anti betol orang yang pengotor.
- Tidur awal, bangun awal. Solat pon awal kan? :D
- Lelaki yang sukakan kucing. Yeah, I really love cats! Cikgu sue cakap, sapesape suke kat kucing tu kadangkadang seorang yang penyayang ;))
- Lelaki yang open. Tak menyekat apa yang sue nak buat, asalkan tak melanggar syariat.
- Love to exercise. Boleh la kita exercise samasama :D
- Sangat menjaga pemakanan, boleh elak penyakitpenyakit serius cam kencing manis etc.
- Suka makan lollipop, ni sebab senang la nak pujuk sue kalaukalau sue merajuk ke. Kan dah ada stok sendiri dalam bilik, tinggal nak keluarkan je.
- Tak terlalu memilih dalam berkawan, senang la kita nak berkawan ye :P
- Suka bagi presents. Sape la tak suka hadiah kann?
- Ingat tarikhtarikh keramat cam birthday adik ke. Ni tak, tarikh anak lembu kat kandang tu jugak dia ingat. Birthday mak, tak ingat. Baik tak payah.
- Sukakan English style, lagilagi kalau nak design rumah ke hape ke. Cantik sangat, sesuai ngan jiwa sue.
- Seorang pendengar yang baik. Kalau sue ada problem ke, boleh tolong jd tukang dengar. Walaupon tak pandai bg nasihat, tolong dengar pon dah okay. Ringan lah beban tu siket.
- Setia pada yang satu. I am superduperabsolutely hate PLAYBOY.
- Tidak hipokrit. Just be himself, xde lah nak menggedik depan pompuan ke sapesape ke kan.
- Bukan seorang yang panas baran. Susah orang cenggini, bila dah marah mulalah macammacam yang keluar. Syaitan dah menguasai diri kan.
- Sanggup berkorban apaapa sahaja demi seorang yang sangat disayangi hatta nyawa sendiri. Ouuh, macho jek :D
- Bukan seorang yang suka menyindir
- Peka dengan keadaan sekeliling. Ni tak, ntah-ntah Gaza pon dia tak tahu. Teruk sangat dah tu.
- Menjaga pertuturan, lagilagi ngan orang tua. Taklah main bantai je bercakap. Tak berlapik langsung.
- Buat something tu sebab Allah, bukan sebab nak balasan or nak orang puji ke. Benci betol laki gini. Perasan je lebihlebih.
- Boleh discover salah sendiri, and perbaiki teros. Takde lah, lepas terhantuk baru nak tergadah kan.
- Bukan yang jenis suka memburukkan orang kat belakang. Tak mengumpat, tak menfitnah. Fitnah tu lebih buruk dr membunuh. Better kau bunuh je budak tu drpd kau tuduh dia yang bukan bukan.
- Tidak merupakan seorang yang tikam belakang kawan. Awek member pon nak rembat, ape dhaa.
- Pandai membawa diri kat tempat orang, senang kalau pegi mana-mana. Sebab sue memang tak pandai nak bawak diri sndri time pegi kat tempat orang. Urrggh = =
- Seorang yang simple dalam semua aspek. Ringkas tp padat dan tepat.
- Tidak mudah panik. Tak pasal-pasal dia yang over kalau jd apeape ke kan
- Boleh beli groceries. Senang nak mintak tolong beli beras, kalau dah habis. Haha
- Pandai kait buah, bolehlah tolong sue kait buah yang bertimbun kat kebun tuh.
- Suka makan kek, nanti sue buat kek, ada tukang makan. Sejuk tangan memandang. Erkk ??
- Suka travel. Sue suka pegi melancong, luar negara lagi syok!
- Ada ramai kawan, senang nak mintak tolong ngan kawan dia tuh nanti. Huhu, ambik kesempatan btol kan?
- Ada kampung real, udaranya, pemandangannya, sawahnya, semuanya lah! Sue sukakan kampung, Im falling in love with it :)
- Pandai main tenis. Baru ada member nak main. Furthermore, laki main tenis Nampak macho la.
- Tak suka Lady Gaga. Yes, I hate her a lot.
- Boikot produk Zionis, Pray For Gaza!
- Seorang yang memahami, sentiasa faham perempuan ada masa anginnya macam angin monsoon. Tak menentu, huhu.
- Tak kasar, sentiasa berlembut dalam setiap perbuatan dia.
- Sentiasa memulakan setiap perbuatan dengan doa
- Mengamalkan sunnah Nabi, baru lah dikatakan cintakan Nabi. Tak gitu?
- Tak suka guna air-conditioner. Global warming okay. Kipas ada, apa guna? Aircond banyak, lipan pon banyak. Bahaya taw!
- Tak memalukan seseorang di depan khalayak. Kesian kot orang tu nanti.
- Boleh menjaga amanah atau rahsia.
- Menjaga batas dalam pergaulan.
- Tak bersiul, Nabi tak akan mengaku ummat dia kalau bersiul, tau tak?
- Suka kat Greyson Chance, huhu.
- Rajin baca surah al-Waqiah setiap malam, Rasulullah bersabda, sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam, akan dihalang olehnya kemiskinan. Tak percaya? Cari lah kat buku hadis.
- Bukan seorang yang membabi buta dalam membuat kesimpulan.
- Seorang yang memerhati. Biasanya, dorang ni seorang yang teliti.
- Menepati janji.
- Suka minum air masak, baru lah oksigen banyak dalam otak. Pastu, baru boleh berfikir dengan waras.
- Mempunyai bulu mata yang agak panjang + lentik. Hm, yang jenis ni kalau dia maknyah tak boleh jugak.
- Pandai angkat kain, senang nanti kalau hujan, boleh mintak dia angkat.
- Obses ngan Cokicoki. Nanti boleh share ngan sue, haha :D
- Ada mp3. Kalaukalau pergi trip mana-mana, boleh pinjam dia punya. Kot-kot sue tertinggal or what so on kan.
- Rajin pergi kedai kesihatan macam watsons or guardian ke.Boleh la teman sue pegi sane, memang antara hobi I pegi sana.Once a month wajib bertapa kat sana. Huhu
- Ada handphone sendiri. Takde lah susah sangat nak contact.
- Ada account Kolony. Jimat kedit kalau nak talk apa-apa.
- Suka menanam or bertani.
- Pandai main piano, gitar or alat muzik lain. Not include baldi ouh.
- Pandai mewarna, sebab nanti bila dah besar boleh tolong decide warna utk rumah future sue. Heheh ;)
- Pandai melukis, boleh la lukis gambar anak ikan sue dalam balang tepi sink tu. Hoho
- Boleh bawak skuter, boleh jalan-jalan ronda kampung ke. Family sue memang seriously sorang pon tak pandai bawak anak-beranak motor ni.
Ramai bawak kete lembu jek - Tahap jiwang sederhana. Kalau melebih-lebih tu, tahap bahaya dah.
- Layan drama, tak kisah la Korea ke, Mongolia ke. Asalkan drama, sebab sue memang obses ngan drama.
- Mempunyai matlamat hidup yang jelas, hidup bukan untuk enjoy.
- Sue sukakan lelaki yang ada hobi kumpul something. Tak kisah lah apa pun, sebab nanti boleh tumpang tengok.
Kumpul underwear tak termasuk ye.Huhu - Laki yang tak pakai aksessori except cincin
- Laki yang minat photography
- Lelaki yang
- Sue sukakan lelaki yang terlibat dalam bidang motivasi, nampak cool.
- Bukan seorang yang pengecut or penakut ngan hantu, err = =
- Bukan seorang pendendam sama ada terhadap manusia mahupun binatang
- Mempunyai gigi yang putih, ouh handsomenya nampak orang tu senyum nampak gigi putih
- Sue suka lelaki yang pandai berniaga
- Lelaki yang berdisiplin every time specially kat sekolah.
- Lelaki yang ada banyak pengalaman, boleh sue dengar story dia.
- Yang pandai guna kompas, mana tahu sesat kat mana-mana ke.
- Laki yang xde hidung panjang sangat.
Jangan terlebih dr Zizan or Pinocchio - Lelaki yang tak terlalu serius. Ada time dia serius, and ada time dia akan tegas.
- Yang terlalu memaksa. Everyone tak suka dipaksa, right?
- Lelaki yang ada site/blog sendiri. Senang la nak tahu perkembangan dia kalau dok jauh-jauh nanti
- Lelaki yang tak membuli, sengaja buli or terbuli
- Yang sentiasa ada wudhuk. Org macam ni, syaitan tak akan datang dekat tau :)
- Lelaki yang selalu ingat mati. Manusia yang paling bijaksana ialah mereka yang selalu mengingati mati.
- Pandai menjahit. Upah je dia tu kalau nak buat baju raya kan. Haha
- Pandai tulis khat. Sue minat sangat dengan seni khat ni, tp tak pandai. Tu yang tengok je orang lain buat.
- Yang tak kuat main game, kalau dah selalu sangat nanti mata rosak. Kan dah kene pakai spek tebal-tebal :D
Mangsa buli- you, awak and ekau.
Thats all, tyvm.
ps: Semua characteristics di atas bukanlah ciri-ciri suami idaman okay. Mengarut lah kalau cakap sue nak suami yang perfect, sebab memang sue tak akan dapat. Kenapa? Sebab orangnya dah pergi untuk selama-lamanya. Selawat ke atas junjungan besar, Nabi Muhammad SAW :)
6 comment[s]:
mak aihh bnyk nyeee
Tagged
http://www.aingraphic.my/2012/12/contest-sweet-smile-by-yaya-dija.html
http://www.aingraphic.my/2012/12/2012-giveaway-by-iraarina-izzahlt.html
huh, mey gini lorh
Waaaaah. Banyaknyaa. Good luck ! ^^
fuhyoo.. banyak nyeb test sue. hehe :P
nway. muga jumpa gak lelaki idaman ati :D
selamat berjaya..
banyaknya list sue,, ! hahahaha,,
me either, mesti nak yang cenggini,, :D
may Allah bless :D
Post a Comment
Jot down whatever you want. I will published your comments once i check them out!